Saturday, March 12, 2011

Tiada yang lebih bermakna selain dari "Persahabatan"

Tentu hangpa semua masih punyai memori indah waktu nakal-nakal semasa remaja di bangku sekolah menengah dulu kan? Dalam nakal-nakal waktu tu terdapat ramai kawan-kawan satu geng yang macam satu mak satu pak, pi ke mana tak berenggang. Ada jugak kawan-kawan yang menjadi musuh ketat, selalu bertengkar macam anjing dengan kucing, last-last bila dewasa jadi laki bini pulak... Bukan niat aku buat blog ni untuk mengungkit masa lalu, tapi sebagai manusia yang cintakan sejarah, aku amat sensitif dengan kenangan-kenangan, tak kira yang indah atau yang pahit, kerana aku adalah sebahagian daripada kehidupan hangpa dan depa, dan hangpa dengan depa jugak sebahagian dari hidup aku.

"Sememangnya FaceBook nilah yang paling berkesan dalam mempercepatkan pertemuan aku dengan kawan-kawan aku ni. Walau ada orang menyalahkan FB dengan berbagai gejala sosial yang lain, terpulanglah pada diri masing-masing dan cara nak manafaatkannya. Aku cuma ambik hat mana yang baik saja no..."

Ok, bersangkut pasal topik kali ni, aku nak ceritakan bagaimana pengalaman aku dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kawan melalui FB, depa mai ke restoran aku. Satu pagi tu, aku mendapat sms dari Ruzaimah nak datang mencuba menu yang ada kat Seri Siantan. Aku pun apa lagi, keluar cari beberapa bahan mentah termasuk siput retak seribu untuk dimasak bagi menyambut sahabat lama aku tu. Tergezut jugak aku bila tengok anak daranya dah besar, dia tu takda apa-apa sangat, biasala orang pompuan memang aku boleh agak akan berlaku sedikit perubahan punya. Aku tumpang happy dapat berkenalan dengan Hubby dia yang macho dan penyayang, lantas aku abadikan gambar ini sebagai tanda kenang-kenangan.



 
 
Lihatlah keakraban isteri aku dengan sahabat lama aku ini, walaupun baru diperkenalkan, namun mereka pulak yang nampak lebih mesra, macam sahabat lama yang baru bertemu
semula.
 

Berikutnya pada sebelah malam hari yang sama, seorang lagi sahabat lama aku datang mengunjungi aku. Aniza Abu Bakar dengan hubby dan dua cahayamatanya. Pada malam tu sempat jugak aku dan isteri beramah mesra dengan depa. Maklumlah dari keluar sekolah tak pernah jumpa, masing-masing tengok dah nampak banyak berubah.



Bagi aku inilah nilai persahabatan sebenar yang aku rasai. Tak sangka pulak bisnes aku yang satu ni telah berjaya mengumpulkan kawan-kawan lama. Bagiku inilah SATU DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN AKU, walaupun hakikatnya aku masih belum betul-betul berjaya. 

No comments: