Char kway teow
Nah haihh...!!! Char Kway Teow Seri Siantan pulak dahh...
Sebenarnya bukan kami tamak nak buat menu itu ini, tapi permintaan pelanggan adalah sesuatu yang sukar kami tolak, takut mereka tersinggung dan kecil hati, jadi terciptalah versi Char Koey Teow Seri Siantan (CKTSS) ini.
Hujan-hujan di petang macam ni memang tak ada lain dalam kepala kita. Kalaulah boleh menikmati masakan yang panas-panas dan beraroma, pasti kita tak lepas peluang punya. Jadi apakata kalau kita berkunjung ke Seri Siantan tatkala hujan turun waktu petang? Untuk makluman anda, CKTSS disajikan setiap hari di restoran ini (kecuali Ahad dan cuti) dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Inilah Char Kway Teow versi Seri Siantan...
Beginilah keaadaannya di Seri Siantan ni, kami menyediakan apa sahaja yang pelanggan minta. Inilah letaknya keunikan kami. Secara tak lansung juga membuktikan kebolehan kami dalam perkhidmatan penyediaan makanan ini.
Selamat menjamu selera nanti yarch!
Untuk pertanyaan sila hubungi kami 012-4667045
Untuk pertanyaan sila hubungi kami 012-4667045
_____________________________________________________________________________________
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Etimologi
Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo? dalam bahasa Mandarin.Bagaimanapun, oleh sebab Char kway teow dibawa dari kawasan pertuturan loghat Hokkien ke kawasan pertuturan loghat Kantonis, nama Cinanya dicemarkan sebagai "炒貴刁". Ini disebut sebagai caau2 gwai3 diu1? dalam loghat Kantonis dan cháo guìdiāo? dalam bahasa Mandarin. "貴刁" tidak memiliki sebarang makna literal, tetapi bunyinya dalam bahasa Mandarin adalah serupa dengan "粿條" dalam loghat Hokkien.
"Char kway teow" seringnya dikenali sebagai "Char kway teow Singapura" (星州炒貴刁) atau "Char kway teow Malaysia" (馬來炒貴刁) di Hong Kong bagi menekankan tempat asal hidangan itu.
Dalam masakan Vietnam, hidangan mi goreng yang agak serupa dikenali sebagai hủ tiếu.
Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).
Rujukan: Wikipedia
No comments:
Post a Comment