Makan Hidang di Seri Siantan.
Ini Menu Pilihan Saya...
Pilihan Anda Bagaimana Pula?
Selamat petang semua!!!
Berjumpa lagi kita dalam posting terbaru saya ini. Anda semua dah makan belum?
Oleh kerana hari ni hari Sabtu, ramai yang berkesempatan berehat bersama keluarga di rumah,
berpeluanglah untuk menikmati sajian yang disediakan oleh isteri kesayangan masing-masing,
betul tak?
Bagi yang dalam perjalanan sempena cuti sekolah, tentunya tercari-cari tempat untuk singgah makan-makan sementara meneruskan perjalanan anda. Atau juga mungkin antara penghuni berhampiran Sungai Petani ini yang masih lagi belum keluar bercuti, pastinya anda berkesempatan untuk berkunjung ke Restoran Seri Siantan hari ini untuk menjamu selera bukan?
Apa idea makanan anda hari ni? Dah jemu makan secara longgok, apakata pulak kita cuba makan secara hidang. Sebenarnya, untuk pengetahuan anda semua, Seri Siantan merupakan salah satu restoran yang menyediakan masakan Citarasa Kampung secara panas dan hidang ataupun di Sungai Petani ini, kalau dalam istilah F&B dipanggil A’la Carte. Mungkin kita sudah terbiasa makan secara layan diri sebelum ini atau secara buffet, dengan mengambil makanan bermasak di atas takung atau chafing dish. Tetapi makan secara hidang ini akan lebih menambat selera kita, apatah lagi dalam masa yang sama kita memesan makanan baru untuk di masak, kemudian dihidangkan panas-panas di hadapan anda. Wow, tentunya satu pengalaman yang menakjubkan bukan? Bayangkan kalau masakan tersebut dihidang bersama kuali dan pelapiknya di atas meja anda, atau dengan periuk tanah mendidih-didih sehingga menerbitkan aroma yang tersendiri...hmmm.. (nasib baik saya dah makan tadi, kalau tidak tentu saya dah stop dulu menulis ni sebab nak tengok apa yang ada kat dapur tu..hihhii..)
Ok, saya sampai lambat ke restoran hari ni, kebetulan ada kerja luar dari pagi tadi. jadi ini ada sedikit rakaman yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda...
main berselera makan sampai tak panggung-panggung kepalanya, sehinggakan saya masuk
pun tak sedar..hmmm..
lalu saya terus ke dapur, tengok si chefnya pula tengah bergayut telefon. Agaknya tengah berehat kot, selepas penat memasak tengahari tadi. Kalau nak kenal, inilah Chef Suzilina @ Taukeh restoran Seri Siantan ni. Pengalaman paling besarnya adalah memasak selama beberapa belas tahun untuk suami tersayangnya, yang banyak cerewet tentang masakan. Suaminya ni lah yang kadang-kadang buat dia pening kepala sekarang ni. Manakan tidaknya, selalu buat kalut rekomen menu a’la carte yang susah-susah..
heii, apa la punya suami ni..nasib baik
orangnya ermm boleh tahan, kalu tak dah
melayang periuk belanga ke kepala
suaminya ni..hihhhiii..
ermm.. apa macam dengan orang
ni? hehe...malulah..
Okey, berbalik pada menu, hari ini isteri saya masak kari ikan kembong, maka pilihan saya sudah pasti 2 ekor ikan kembung dalam kari claypot panas-panas bersama kacang bendi. Sebenarnya di Seri Siantan ada 3 pilihan utama untuk memasak lauk kegemaran anda, samada ikan ataupun makanan laut lainnya. Anda boleh memilih samada untuk dijadikan KARI, ASAM PEDAS atau MASAK LEMAK CILI API. Sebagai contohnya, ada pelanggan sebelum ini yang dihidangkankan dengan ikan sembilang dimasak kari, asam pedas dan masak lemak. Ada yang meminta ikan merah untuk dimasak. Ada juga yang meminta ikan siakap dimasak asam pedas. Ada yang suka makan isi tenggiri masak kari, yang makan ikan kembung pun ada. Kadang-kadang ikan kayu atau mambu putih pun orang suka. Pendek kata mintaklah apa saja yang kami ada, pasti akan kami berikan sebagai sajian selera anda.
Sayur lemak taugeh dengan tauhu, atau orang kedah sebut tokoa. Memang ngam dengan kari panas ni. Seterusnya pelengkap kepada hidangan ini adalah sedikit ulam dan sambal belacan.
Ulam ni kalau nak rasa segar, dicampurkan sedikit ais kiub, rasanya akan lebih rapuh. Kalau tak percaya, cubalah buat tengok.
Haa..ini dia ikan gelama kering belah belakang. Kalau dah kena ni, jangan sampai tak pandang belakang lah pulak...
ini hidangan lengkap untuk hari ini, disajikan bersama limau kasturi ais. Segar tekak saya
petang ni dapat seteguk dua air ni...
alamak...dah habislah saya makan. Err..terlupalah pulak nak ajak korang semua makan. Maaflah yer, nak buat macam mana, masa makan tadi takda siapa nak cover foto saya...so inilah keputusannya yer..tinggal tulang saja..uhhukk..uhhukkk..
Sebelum kita berpisah, mari kita flashback sedikit poster-poster kenangan bersama rakan-rakan kita yang terdahulu mencuba menjamu selera secara hidangan a'la carte di restoran Seri Siantan dan mengalami pengalaman yang hampir sama dengan saya hari ini...
Hingga setakat ini dulu yer..Kepada semua rakan-rakan, follower dan pelanggan, terima kasih kerana menyokong kami selama ini. Kirim salam dengan semua kawan-kawan dan pelanggan yang pernah menjamu selera di Seri Siantan selama 2 bulan setengah beroperasi sebelum ini. Jumpa lagi di lain posting.
No comments:
Post a Comment