Koey Teow Bandung @ Seri Siantan
Koey Teow Bandung @ Seri Siantan
Ermmm..hmm..korang semua dah makan belum lagi ni? Mesti terfikir-fikir nak
makan apa petang ni kan? Apa kata kalau kita try pekena Koey Teow Bandung?
Oklah, aku perkenalkan satu lagi menu iaitu Koey Teow Bandung Seri Siantan
(KTBSS). Bak kata orang, lain padang lainlah pulak belalangnya kan, maksudnya
lain restoran atau kedai makan, lain pulak cara koey teow bandungnya..yer tak?
Jadi dari segi rupa dan fizikalnya korang tengoklah sendiri KTBSS ni.
Close up Koey Teow Bandung Seri Siantan ~
kalau nak diikutkan dalam KTBSS ni mengandungi isi ayam dan isi udang.
Sebenarnya ada dua ekor udang dalam KTBSS ni, tapi entah macamana tah
udang sekor lagi bersembunyi di sebalik koey teow, bak peribahasa orang
tua-tua ada udang di sebalik batu lah pulak...hehe..
Manakala telur kuningnya pulak kelihatan terlindung di balik dedaun saderi.
Telur putihnya aduhai, pecah tak pecah gitu, meliputi kuahnya yang
pekat dan menyelerakan. Aku sendiri pun rasa teruja dan ghairah
ingin menikmatinya dengan segera. Korang pulak bagaimana yer?
Bagaimana nak menikmatinya?
Tak susah sebenarnya nak menikmati KTBSS ni. Cuma perlu ada sepasang
garpu dan camca, dan sehelai tisu pengelap mulut, mana tahu kuah terleleh ke
dagu nanti kan, dan dengan segelas air limau kasturi ais, korang semua
dah boleh menikmati hidangan yang lazat ini..mmmuah! Tapi awas, sebab
masa aku test menu ni tadi, lidah dan langit mulut aku dah melecur..huhuu..
tu lah sebab tak sabar-sabar nak masukkan semuanya ke dalam mulut..
Manekan tidak, tak tau nak makan yang mana dulu, ayam ka, udang ka, telur ka,
sayur pun nampak sedap jugak, koey teownya pun nampak bersari saja,
last-last haaa kan dah terkena..
Nostalgia tentang Koey Teow Bandung
Di sebalik kelazatan KTBSS yang bervitamin dan berkhasiat ini, aku sebenarnya
terkenangkan hanya satu sahaja tempat yang pernah bagi aku makan
koey teow bandung yang paling sedap. Tempat tu adalah di Tanjung Dawai,
dekat pantai berhampiran pondok polis, tak tau ada ka dak lagi kat
situ sebab seingat aku dah lama dah peristiwa ni berlaku, sekitar tahun 1992
macamtu kot..yang best dia sebab makan dangan Abang Sha, Paktih dan Chon
masa kami baru turun dari Gunung Jerai nak pi ke Pantai Merdeka..kena pulak
waktu tu orang belanja..hehehe...
Oh ya, korang semua tak nak tanya ka siapa yang masak menu ni?
Ermmm...tak payah bagitau lah....esok-esok datang korang tau sendiri jer lah..hehehe..
No comments:
Post a Comment