Monday, February 14, 2011

Bersedia untuk menikmati yang lebih “fresh”?


Sembilang Liar
Jangan main-main dengan sembilang ni..sengatnya boleh buat sengal seminggu. Tapi kenangkan isinya yang lemak aduhai...hmmm..ekor dan siripnya pula yang masih merah..hangpa fikir sendiri lah.. Sembilang ni aku beli 3 ekor dari peraih kat jeti Semeling. Pada mulanya aku nak ambil yang kecil-kecil, maklumlah takut yang besar nanti susah pulak nak jual. Tapi kata pakcik-pakcik kat situ yang besar ni lah baru kaww, aku beranikan dirilah beli sembilang ni. Sampai saja kat restoran, senang saja aku promote kat customer, 2 ekor jalan tengahari tu. Seekor dibuat kari, seekor lagi dibuat asam pedas. Fresh bukan?



Nahh..sebelanga jugak dengan isi sembilang ni. Bertuahlah customer aku hari ni kerana harga yang aku letak cuma RM25.00 complete dari ekor ke kepala siap masak.. Mana nak pi cari oiii...







Udang Harimau Liar Wild Tiger Prawn)

Nak rasa bagaimana enaknya daging harimau,..errr udang harimau lah erkk..datanglah ke Seri Siantan. Keenakan udang harimau liar ini yang dipukat sepanjang Sungai Merbok mengatasi rasa enak daging udang belaan kolam...

Yang ini pula adalah Siput Lokan. Spesis siput air masin yang terdapat dalam kawasan berlumpur paya bakau. Isinya manis, sesuai dimasak dengan rebusan serai bersama kulitnya sekali ataupun isinya diasingkan dan digoreng untuk pelbagai jenis masakan lain seperti padprik, goreng cili padi atau masak lemak..seleranya terpulang kepada anda..


Inilah isi siput Lokan kalau hangpa semua nak tahu.. Semangkuk macamni aku kira RM5.00 nett saja...
(Yang kecik kecik tu sipur retak seribu – tak termasuk pakej) Masa aku ambik dok terjelian-jelian lagi..so kalau hangpa nak makan yang fresh macamni, baik bagitau awal-awal, takut tak sempat aku nak bagi yang fresh, aku bagi yang dah masuk dalam chiller semalaman..kan dah kurang fresh!!






Tiram (Oyster)

Yang ni pulak Tiram..orang puteh kata Oyster.. Kalau makan kat hotel seekor RM60. Tapi makan kat Seri Siantan RM15 untuk 2 ekor siap masak.. Makanan eksotik macamni biasanya disajikan di restoran makanan laut cina. Tapi di Sungai Petani ni, Seri Siantan adalah antara restoran Melayu yang menyediakannya. Gambar di atas menunjukkan Tiram Stim Halia. Tapi kebanyakan orang suka makan mentah dengan ais, jus lemon dan kicap cair. Mesti ada sebab kan orang sanggup makan macamtu? Yang aku dengar orang kata khasiatnya baik untuk lelaki...hmmm..untuk tenaga batin lah kan, apa lagi. Yang ni diberitahu oleh seorang makcik kat aku...hehee..


Khazanah Sungai Merbok...
 

Sungai Merbok sememangnya kaya dengan pelbagai spesis hidupan laut seperti udang, ketam, siput dan ikan. Gambar di atas ini merakamkan sebahagian daripada kehidupan nelayan yang bergantung hidup di sungai ini mencari rezeki.


Ini  pengalaman aku...

Tengok tu, dulu-dulu aku jugak pernah merasai nikmat sebagai nelayan di sungai ni. Apa dia? Gambar X saja? Eh, tolong sikit yer, ni hasil tangkapan aku dengan jala kat sungai ni, yang letaknya di belakang rumah aku...Dek kerana gilakan udang-udang di sini, aku sanggup berhabisan membeli beberapa pucuk jala tau..tapi dengan gambar-gambar ni, terbukti berbaloi bukan? Udang kat bawah tu aku bedokkan kepada sedara mara dan jiran kat sini, mana yang tak habis aku buat kering dan tolak pulak ke kedai runcit tempatan. Otak bisnes la katakan...hehe..




Kesimpulannya:
Dari pengalaman inilah aku bawakan sajian untuk mereka yang tidak pernah merasai, mengalami atau telah lama tinggalkan pengalaman macam ni supaya dapat bersama aku melalui sajian di restoran Seri Siantan. Khas buat kawan-kawan dan saudara yang selalu aku kenang dan rindukan, yang selalu berfacebook dengan aku, yang duduknya jauh dari segi jarak tapi dekat di hati aku, korang semua aku respek la beb...

 

Friday, February 11, 2011

DIILHAMKAN DARI MASAKAN IBU...

Objektif kami untuk menyediakan sajian segar dan berkualiti bertemakan kehidupan di kampung kini semakin menghampiri matlamatnya. Bagi yang belum biasa, pastinya akan teragak-agak untuk menikmati sajian di sini kerana mungkin ragu-ragu tentang rasanya yang belum pasti. Apatah lagi dengan nama yang berlainan seperti Nasi Ayam Puteri, Laksa Seri Kantan dan Nasi Lemak Seri Siantan. Dikatakan pelik namun apabila dinikmati sendiri, pelanggan akan mengatakannya unik dan seleranya terpulanglah kepada anda sendiri.



Suasana terbuka di luar yang sentiasa dibelai angin sepoi-sepoi bahasa boleh dirasai sepanjang masa, tidak kira pagi, petang atau malam, malahan tengahari jugak anda akan berasa selesa berada di luar bumbung restoran ini yang sentiasa berangin dan segar.

Kami tidak sabar untuk membawa anda secara berkumpulan untuk menikmati sajian di sini, pagi, tengahari, petang atau malam dengan menu-menu yang kami sediakan atau yang anda tentukan. Dan pastinya kami ingin memberikan sesuatu yang terbaik yang bukan sahaja memenuhi selera anda, malahan keramahan layanan kakitangan kami beserta suasana hiasan dalaman sebuah galeri seni dan barangan antik bakal menyentuh perasaan anda yang meronta-ronta untuk pulang ke desa tetapi ditangguhkan kerana kesibukan kerja ataupun sudah tiada siapa lagi yang anda harus menjenguk di sana. Jadi apakata luangkan masa anda di sini, dan buatlah restoran ini seperti di rumah anda sendiri, minta apa yang terlintas dan teringat dalam selera anda, dan kami jelmaan ibu anda akan menjadikannya satu kebetulan. InsyaAllah.

Thursday, February 10, 2011

Restoran, Kafe dan Galeri Seri Siantan


Restoran Seri Siantan asalnya sebuah kafe yang beroperasi di rumah, sekitar tahun 2004. Menyediakan perkhidmatan bekalan makanan untuk penduduk Bandar Laguna Merbok secara khidmat penghantaran. Menu asalnya Nasi Lemak Seri Siantan yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Selepas beroperasi selama 6 bulan, perniagaan ini
terpaksa ditutup atas sebab tertentu.



Walaubagaimanapun, pengasas perniagaan ini, Pn. Suzilina Nayan terus menyimpan cita-cita untuk meneruskan kembali perniagaan ini secara lebih teratur dan profesional pada suatu hari nanti, sehinggalah tiba saatnya hari ini, Disember 2010, Restoran Seri Siantan telah dibuka dengan konsep tradisional
bertemakan kehidupan kampung dan menumpukan kepada penyediaan masakan Melayu dan Nusantara.



Nama Seri Siantan diilhamkan dari lagu asli nyanyian Biduanita Dato’ Sharifah Aini.Selain menyediakan makanan kepada penduduk setempat, restoran ini juga merupakan sebuah galeri mempamerkan karya seni dan senifoto koleksi artist dan juga suami beliau yang bertemakan Kampung Life, iaitu kesinambungan dari pameran yang pernah diadakan di Galeri Universiti Sains Malaysia pada tahun 2001.



Melaluinya nanti, para pelanggan bukan sahaja dapat menjamu selera di restoran ini, malahan turut dapat menjamu mata menyaksikan pameran karya seni di sini. Ada kemungkinan juga pelanggan dapat melihat resident artist melukis di dalam restoran ini. Bagi peminat-peminat seni, anda boleh memiliki karya di sini atau membuat tempahan secara eksklusif.